Wednesday, September 2, 2015

Sejarah Penubuhan Kelab Gemilang Tangkis

Kelab Gemilang Tangkis ( KGT ) telah ditubuhkan pada tahun 1998. Antara ahli ketika itu yang merupakan pencetus   kelab sehingga kekal  ke hari ini ialah seperti En. Romzi,  En. Syed, Hj Ghani serta staf Wiramas beliau. Dewan yang menjadi tempat latihan ketika itu ialah di Dewan Cin Woo, Jalan Tuan Hj. Said, Seremban. Pasukan ini  telah melakar beberapa kejayaan sepanjang penubuhannya. Pencapaian terbaik dalam acara berpasukan ialah melangkah ke separuh akhir dalam kejohanan Badminton Berpasukan Tertutup Negeri Sembilan. Dalam kategori junior pula beberapa orang pemain terpilih mewakili Negeri Sembilan Ke Kojahanan Sirkit Kebangsaan, SUKMA, SUKUM, MAKSUM,  Sukan Antara Universiti Malaysia dan Sukan Antara Universiti  Asia. Dalam kategori veteran pula, terdapat dalam kalangan ahli yang telah menjadi johan dalam Kejohanan Badminton      Majlis  Kebajikan dan Sukan Anggota  Kerajaan NS       (MAKSAK) seterusnya mewakili Negeri Sembilan  ke peringkat kebangsaan.
Dewan Pekerti Seremban.
Masa Latihan : Isnin dan Rabu  ( 5.30 - 7.30 mlm)
Bermula pada bulan Mac 2015 yang lalu KGT telah berpindah ke  Dewan PEKERTI Seremban disebabkan  Dewan Cion Woo telah digunakan sepenuhnya bagi latihan Wushu.




Pintu masuk Dewan Cin Woo


Gelanggang Cin Woo

No comments:

Post a Comment